Rabu, 14 Disember 2011

Cantiknya bila bersopan santun

"Lelaki, senakal-nakal mereka. takkan mengganggu wanita yang pandai menjaga diri"

Zuraida begitu bersopan santun dalam setiap tingkah lakunya. Ibu kepada 4 orang anak itu kembali menyambung kerja di papan kunci komputer. Agaknya perasan bila aku sedikit merenungnya ('',)

Sabtu, 17 September 2011

16 September - Hari Satu Malaysia


" kakak nampak tak askar tu?"
" nampak abah..muka dia conteng-conteng kan abah"

seorang ayah menaikkan anak sulung di atas bahunya.di depan mata anak kecil itu, perbarisan kemerdekaan sedang berlangsung. mungkin si ayah terkenangkan,20 tahun yang dulu. dia juga pernah berada di atas bahu ayahnya. pada hari dan tempat yang sama ('',)

Selasa, 13 September 2011

Jari Menunjuk Langit



" Jet pejuang! Jet pejuang!"
Tadi, aku terpandang sekumpulan budak kecil. memanggil-manggil jet pejuang yg terbang rendah di kawasan kejiranan. Mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak. 20 tahun dahulu, aku dan kawan-kawan sepermainan berteriak pada objek yang sama. Memanggi;-manggil jet pejuang di langit. Macam lah boleh dengar ('',)

Rabu, 7 September 2011

perempuan dan klise breakup line


" saya nak tumpukan perhatian pada pelajaran dulu.. saya nak fokus pada career saya dulu sebelum pikir soal cinta. ahh, what the fuck laa alasan. kalau dah tak suka tu, tak payah laa corner baring lak!"

nyamuk-nyamuk hutan terus menggigit lengan dan kaki Ridzuan Berimbau yang bersaiz L. tak seekor pun ditepuknya kerana asyik memaki statement perempuan-perempuan jahat itu. lalu dengan suara yang serak-serak kering bahana ais dan makanan bergoreng di rumah-rumah terbuka Khairul Gentleman mencelah

"awak boleh jumpa perempuan yang lebih baik. saya tak layak untuk awak. tu lagi sial lah ayat"

bagaikan nasi tambah dalam pinggan orang kelaparan, aku menyampuk

"kenapa, rasa diri tu jahat sangat ke smpai nak suruh lelaki tu cari perempuan yang lebih baik. kalau rasa nak jahat sama-sama baru bleh hidup bersama meh sini kasi aku fuck, baru laa sama. macam tu ker?"
Aizat Wikileaks cuma berdiam diri bak pemerhati politik dan penjaga masa. di sebatang jalan yang sunyi di tepi perumahan itu, kami berkongsi pendapat yang sama. ada sisi gelap lagi memualkan di dalam diri perempuan yang rata-rata kami sendiri alami ('',)

Selasa, 6 September 2011

pendidikan awal dari sisi Hassan Manchester


" sistem pendidikan Malaysia memberikan penekanan besar kepada sains teknologi secara jelas. sedangkan potensi manusia atau negara sendiri,lebih besar daripada itu. ada bisnes, perundangan, sains sosial dan kemanusiaan, pertukangan dan lain-lain. kalau nak harap sistem pendidikan malaysia untuk didik kecenderungan budak-budak ni pada awal pendidikan diorang, jangan harap laaaa "

tatkala yang lain lebih suka bergelak ketawa di meja yang sama. aku asyik mendengar Hassan Manchester meneruskan bicara tentang senario persekolahan anak-anak kecil kita. aku bersetuju ('',)

Blah Dari Group Reunion



"semakin bijak seseorang itu..semakin bangang social skill mereka"

lalu geng-geng berkaca mata tebal dan berijazah Ontario, Seoul dan Queensland membentak mahu meninggalkan group reunion itu. mungkin terasa pedas. apalah sangat group kecil di facebook itu. cuma bekas kawan-kawan sedarjah di sekolah rendah dahulu yang tidak pernah melihat Arch D' Triumph, Opera House dan Kremlin ('',)

Makcik Sosio Melayu


"eh, anak teruna awak tu keje apa sekarang?"
"keje gomen..kat pejabat daerah"
"anak ppuan awak buat ape?"
"belajar lagi kat universiti buat master"
"boleh berbesan laa kita yer!"

agak lama Kak Ani Ikan & Kak Pah Kerani tak berjumpa, maka bergembiralah kedua mereka itu setelah mengetahui anak-anak mereka sudah pun memehuni ciri-ciri tipikal melayu yang bermasa depan ('',)



Gempa Kat Jepun, Lopak Di Malaysia



"kat Jepun tu kena gempa bumi..tapi dorang repair jalan raya dorang dalam masa 7 hari jer. kita highway berlubang, 7 tahun pun orang buat tak port jer!"

lalu malam itu topik perbualan bertukar tajuk, sambil ditemani asap rokok Khairul Illuminati, Aizat Wikileaks meneruskan bicara dalam bunyian roti canai ditampar-tampar diatas papan canai di kedai mamak ('',)