Sabtu, 4 Ogos 2012

Rasa down & loser giler?

Suwit-suwit kat makwe tepi jalan, tapi makwe wat tak layan?
Kontrol ayu depan pakwe yang korang minat, tapi dia wat tak pot?
Rasa tak hensem?
Rasa tak lawa?


Jangan bimbang, orang tak hensem dan tak lawa pun akan berkahwin juga.
Anda tentu kelihatan menarik di hadapan mata jodoh anda.
Cuma mungkin belum sampai masanya..percayalah
Ada 28 juta rakyat malaysia, jadi takkan takde dalam 10 orang yang mungkin berminat dengan anda.


Pernah pergi ke majlis kenduri kawin?
Bukan semua pasangan itu hensem dan lawa bukan?


Kenalpasti dan tonjolkan kelebihan diri yang lain.
Baiki kekurangan diri semampu mungkin
Dengan itu yang tak cantik pun akan kelihatan anda berbaloi untuk dinikahi
Yang tak hensem pun akan kelihatan anda mampu untuk menjadi suami dan bapa yang baik


Hidup ini lebih besar dan luas maknanya berbanding paras rupa

Isnin, 30 Julai 2012

Hak Samarata - It Didn't Work For Guys

Hi Girls! 

Korang gaji besar? 
Korang dah ade umah yang korang beli sendiri ? 
Keta korang power, lebih mahal daripada keta abang-abang kaki mekap kereta? 
Korang adalah master atau PHD holder pulak tu? 
Dah ade boyfren? Suami? 
Good..

Apa, takde boyfren lagi? 
Korang nak boyfren yang sama level dengan korang? 
Nak calon suami yang sekufu dengan korang? 
Camtu, aku doakan korang berjaya. Or else, in your dream lah dear. Hee..

One thing about men, they are so disturbed pasal this matter - EQUALITY

Isnin, 4 Jun 2012

Kena Gentleman

Perempuan itu berbaju kardigan biru. Nipis. Didalamnya ada baju seakan singlet. Tetapi kainnya lebih tebal. Warnanya putih. Berseluar jeans season, tapi bukan dari jenama yang Adi kenal. Yang paling mencuri perhatian ialah beg tangannya macam yang minah-minah melayu kebanyakkan pakai. Itu yang unik, sebab kali ini bukan perempuan biasa. Kali ini perempuan oversea. Kaukasia.

Adi hendak senyum, tapi tak jadi. Gadis Kaukasia itu lalu didepannya, Adi langsung buat bodoh. Bimbang kalau-kalau senyumannya nampak seakan mahu menggoda ala-ala mat rempit. Terus direject pula nanti. Adi bukan mat rempit dan tak ingin dianggap begitu. Sampaikan senyum pun Adi ambil kira. Tak pasti samada langkah Adi itu langkah yang bijak atau tandanya Adi kaver hensem. Adi rilek. Dari belakang Adi nampak sekumpulan remaja cina memanggil-manggil gadis Kaukasia itu. Tak jelas. Adi hampa. Ingin juga dia tahu siapa nama gadis itu. Dengan rambut kuning keemasan. Anak mata biru jernih dan berbibir sedikit merah jambu. Adi mengambil jalan mudah dengan menamakan gadis itu Natalya. Entah dari mana nama itu boleh muncul. Rasanya dalam dua minggu lepas, Adi ada menonton filem The Avengers. Berkenan sangat Adi dengan Scarlett Johansson yang membawakan watak Black Widow itu. Dalam filem itu nama penuh Black Widow, Natalya. Natalya Romanoff. Nama Russia, tapi yang ini kelihatannya macam datang dari negara Long Live The Queen atau negara kelahiran Nicole Kidman. 

"Mungkin nama dia Natalya kot"

Sesingkat itu Adi membuat keputusan. Natalya nama diberi. Adi baca gerak geri Natalya dan sekumpulan amoi itu. Nampak mesra. Mungkin kawan. Natalya nampak seakan-akan cuba membiasakan diri dengan suasana persekitaran. Jadi Adi mengagak, mungkin Natalya datang bercuti ke Malaysia dan menumpang tidur di rumah salah seorang amoi itu. 

"Mungkin sahabat di Facebook" 

Adi cuba bermain dengan segala pemboleh ubah yang terdapat di fikirannya sekarang. Menyesal pula rasanya kerana tidak mempunyai kawan dari luar negara. Untung-untung dapat yang cantik boleh datang menumpang di rumah Adi bila berkunjung ke Malaysia. Angan Adi makin menjauh. 

Bas akan bergerak dalam masa lima minit. Semua penumpang kelihatan bergegas naik. Bimbang ditinggal bas. Jarak hentian rehat ke destinasi ada dalam seratus kilometer lebih. Penat juga mahu menapak. Lagipun tidak pernah dibuat orang menapak dari Temerloh ke Kuala Lumpur. Adi membiarkan Natalya naik dulu. Kalau Adi naik dulu, ada kemungkinan Natalya tidak perasankannya kerana seat Adi jauh di belakang. Seorang demi seorang penumpang naik. Adi pun naik dengan muka kontrol hensem. Kali ini dia hampir pasti, mukanya macam John Abraham dalam cerita Dhoom. Adi konfiden. 

Tiga seat dari depan, sebelah kiri. Itu seat Natalya. Adi memberikan pandangan paling meyakinkan yang boleh Adi bagi pada seorang perempuan. Adi tahu, kali ini perempuan Kaukasia. Mungkin standardnya lebih tinggi. Takkan dengan renungan macam tu pun boleh sangkut. Tapi Adi cuba. Mana tahu rezekinya. Laluan tengah bas itu dimanfaatkan Adi sebaik mungkin. Dapatlah dalam 3 saat dia melintas di tepi Natalya. Itu sudah cukup. Adi kembali duduk di seat. Hatinya puas. Kalau hendak dilihatkan dari segi pencapaian, skill Adi tadi tidaklah kemana sangat. Setakat senyum tiga saat dan berlalu pergi. Driver bas ekspress yang Adi naik pun boleh buat. Tapi benarlah kata orang, kepuasan itu subjektif. Kalau dengan senyuman tiga saat tadi boleh buat Adi bahagia, biarlah Adi dengan Natalya ciptaannya. 

Ada dalam dua tiga orang gadis melayu yang boleh dikira boleh tahan di belakang seat Adi, tapi kali ini Adi rasakan sesuatu bila terpandang Natalya. Untuk rekod, Adi tak pernah berminat pun dengan gadis-gadis Kaukasia yang datang melancong ke Malaysia. Badan besar lah, hidung tinggi sangatlah, bintik-bintik kat mukalah, ada ruamlah. Tapi tidak Natalya. Kali ini dia sangat-sangat berminat.


Bas mula bergerak. Adi menyelak langsir untuk melihat ke luar tingkap. Mana tahu ada pemandangan menarik. Hampa, yang ada cuma jalan raya dan pokok-pokok menghijau. Itu bukan hiburan. Tiba- tiba Adi terasa dia diperhatikan. Dialihkan pandangannya dari luar tingkap ke dalam bas. Tepat ke tiga seat di depan sebelah kiri. Mata biru jernih dan bibir sedikit merah jambu itu memandang dan senyum kepadanya. 


"Natalya!"

Adi menjerit dalam hati. Kalau tadi dia senyum pada Natalya selama tiga saat. Tadi, senyumannya berbalas tapi cuma selama satu saat sebelum Natalya mengalih kembali pandangannya ke depan dan tertawa kecil. Ketawa dengan amoi disebelahnya.

" Aku senyum tiga saat, dia senyum satu saat, kira okeylah!"

Adi memujuk hati dengan cara paling selamat. Seronok bukan main. Sambil bas bergerak menuju destinasi, Adi berfikir-fikir bagaimana caranya dia mahu menegur Natalya sesudah mereka turun nanti. Adi nekad, ingin memberikan business cardnya pada Natalya.


" Miss, would you have this?"

Ayat paling tak obvious dan paling tak mengada-mengada yang Adi boleh fikirkan jika dia menghulurkan kad bisnesnya nanti. Adi menanti dengan penuh debar. Lagi dua jam ('',)


Sabtu, 2 Jun 2012

Filem Melayu Lagi

Adi masih melayari internet pada pagi-pagi buta ini. Sebenarnya Adi kurang bersetuju dengan istilah pukul satu pagi. Bagi Adi, pagi adalah hari dimana seseorang itu perlu bangun daripada tidur malamnya. Jadi, selagi Adi tidak bangun tidur pada waktu pagi, itu bukanlah pagi namanya. Perlu bangun tidur pada pukul tujuh atau lapan pagi esoknya, barulah dinamakan pagi. Adi nampaknya cuba untuk merumitkan keadaan dengan ideologi peliknya. Sebenarnya Adi sedang khusyuk mencari maklumat tentang filem yang akan ditontonnya esok bersama Ara. Berdasarkan maklumat Ara, filem itu filem melayu. Muzikal komedi katanya. Lakonan mantap pelakon lelaki paling top masa kini dan heroin ala-ala amoi penang yang agak mantap juga binaan bodynya. Bukan apa, Adi jenis yang kalau boleh biarlah dia bersedia sebelum menghadapi sesuatu. Adi suka kelihatan bijak di depan Ara, mungkin ego lelakinya begitu kerana Ara dari segi tahap pendidikannya lebih tinggi daripada Adi. Tak mahulah dia memilih filem yang tak bagus. Nanti dikata tak ada taste menonton filem pula. Tapi kalau Ara yang memilih, sekurang-kurangnya kalau filem itu tidak bagus bolehlah dia mengata-ngata Ara.



“Aduhai, cerita melayu pulak!”



Rungut Adi dalam hati. Adi bukan sengaja mengomel tentang filem melayu. Ada juga filem-filem melayu yang dianugerahkan oleh Adi sebagai filem yang bagus-bagus. Filem seram contohnya Jangan Pandang Belakang dan Khurafat. Lain-lain filem seperti Baik Punya Cilok, Papadom, Setem dan Songlap pun filem yang bagus juga bagi Adi. Setidak-tidaknya bukan arahan Prof Razak Mohaideen. Bukan selera Adi untuk menghadam genre filem sebegitu. Adi berfikir-fikir sejenak, bila kali terakhir mereka menonton wayang yang filemnya dipilih oleh Ara. Adalah kira-kira empat atau lima bulan yang lalu. Ara gadis yang manja. Sudahlah manja, comel pula. Setidak-tidaknya comel bagi pandangan Adi. Jadi gadis yang comel biasanya akan menonton filem yang comel-comel juga. Adi ada terfikir, adakah gadis semanja Nora Danish sangat teruja untuk menonton filem Final Destination dan dengan rileknya menonton adegan-adegan ngeri aksi mati-mati filem itu tanpa menutup mata. Habis kuat pun Nora Danish boleh laa cakap “Damn!” sebagai reaksi serun melihat para pelakon mati satu demi satu dalam keadaan tak dijangka. Ataupun adakah gadis secomel Sari Yanti boleh terhibur menonton dvd Jackass. Kali ni paling jauh pun Adi terfikir Neelofa boleh tak cakap “ Shit!! Gila babi betol geng-geng ni!! Sialll laahh!!” sambil ketawa-ketawa tepuk meja dek pelbagai aksi khianat lagi cilaka oleh Steve O dan rakan-rakan. Jadi, tentunya si manja Nora Danish hanya akan sangat teruja untuk menonton filem kartun romantis seperti Snow White and The Seven Dwarves. Dan si comel Sari Yanti pula mungkin lebih terhibur menonton filem Titanic, filem dimana ramai wanita-wanita minta dikurniakan lelaki seperti Jack Dawson. Itu semua Adi pernah terfikir. Dulu, itu dulu. Sekarang, dia terfikir macam mana agaknya cerita muzikal komedi yang Ara cakapkan padanya itu. Setahun yang lepas pernah juga Adi mengajak Ara menonton filem Magika, filem melayu berkonsep muzikal. Melayu melayu juga, muzikal muzikal juga. Tapi dapat award Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011, lagi menang empat anugerah daripada dua belas kategori pada acara kali itu. Bukan calang-calang taste filem Adi. Tapi kali ini lain. Adi sudah kecut perut. Matanya membulat lalu nyaris terkeluar. Hampir sama macam scene mata terbeliak dan tersembul dalam filem The Mask lakonan Jim Carrey dulu. Cuma muka Adi tidaklah sampai berubah menjadi serigala seperti dalam filem itu.


“Bila kamu kerjakan sesuatu, pastikan kamu berilmu”



Adi masih ingat baris-baris ayat yang pernah dibacanya di dalam sebuah buku. Tajuk apa buku itu sudahpun dilupakannya. Sebagai contoh, Adi pernah diajak untuk menonton filem Chipmunk oleh Ara. Filem yang Adi rasa tidak begitu sesuai untuk ditonton jika hendak diikutkan seleranya yang lebih gemarkan channel 701, 702 dan 555 di Astro. Tetapi sayang punya pasal, Adi ikutkan. Sampai sekarang Adi tak boleh faham kenapa Ara boleh menangis time chipmunk paling bongsu bernama Theodore kesedihan disebabkan stranded di pulau terpencil. Kalau hendak dibandingkan dengan babak Beast yang nazak di pangkuan Belle lalu kelopak terakhir bunga ros yang disumpah itu gugur seiring dengan berakhirnya nyawa Beast. Itu lagi sedih fikir Adi. Adi menjadi sedikit emosional kerana semasa menonton filem Beauty and The Beast itu, dia yang menangis nipis dan bukannya Ara. Lagilah dia bertambah tak faham dengan Ara. Tak faham tak faham juga, Adi rasa baik dia ikutkan saja. Bimbang juga kalau dia tidak menemani Ara menonton filem itu, gadis itu akan mencari teman lain untuk pergi menonton. Ini pernah berlaku, dan Adi tidak mahu ianya berlaku lagi kerana teman yang bermurah hati untuk menemani Ara itu seorang lelaki yang kebetulan memang meminati Ara,. Itu satu perkara yang tidak bagus. Sampai sekarang Adi masih dihantui filem anjing bercakap itu. Filem Chihuahua yang ditonton Ara bersama lelaki yang pernah try-try untuk masuk line mengorat Ara. Bukan melekehkan filem-filem Ara, tetapi Adi rasa sehingga kini filem-filem yang Adi syorkan semuanya box office dan ada sentimental value. Xmen Origin, Gi Joe, Tron dan kalau nak yang comel-comel sikit Bedtime Stories. Filem paling bangang dan teruk sekalipun yang Adi pernah teruja nak tengok dengan Ara adalah filem Senario. Tak tahulah Senario berapa tapi yang cerita last-last dorang diambil bekerja di zoo tu. Itulah sekali dan kali terakhir Adi rasa terhina dengan taste filem dia pilih di wayang bersama Ara. Adi menyalahkan pihak media cetak dan elektronik yang menipunya di ruangan sinopsis filem dengan mengatakan filem itu bagus. Padahal Adi rasakan filem terbitan RTM tv pendidikan cerita Sang Kancil Dan Buaya sepuluh kali lebih memuaskan hatinya.


“Kenapalah Yusof Haslam yang kaya raya tu taknak invest untuk buat filem canggih-canggih. Ohh, ok. Anak dia dah buat eh. Ok”

Malam semakin sejuk. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi. Kadang-kadang Adi bersetuju juga, tidak perlu tunggu sampai bangun tidur pagi esok untuk mengisytiharkan hari itu pagi. Saat mata semakin berat dan bantal peluk sudah dikepit pun sudah boleh untuk memujuk hati supaya bersetuju yang hari sudah pagi dan perlu masuk tidur. Carian Adi tentang filem yang bakal ditontonnya esok gagal. Mungkin hujan lebat di luar sana melemahkan isyarat broadband Adi. Adi nekad untuk go with the flow sahaja esok. Biarlah Ara menonton cerita yang disukainya. Kalau itu yang membuatkan gadis comelnya itu gembira, biarlah. Biarlah si comel Ara dengan cerita ala-ala comelnya. Adi Cuma mahu menjadi peneman Ara yang setia sahaja, tak kiralah dalam situasi yang bagaimanapun atau cerita seperti Chipmunk sekalipun. Dan biarkan juga Nora Danish dan Sari Yanti dengan filem-filem romantis mereka. Adi ada Ara sebagai heroinnya (",)

Satu Baju Satu Date

" Esok nak ke KL. Tapi takde baju baru pulak. Kacau-kacau! "

Hati Adi membentak sendirian. Dalam diri ada sedikit rasa kesal. Kerana wanita yang disayangi bakal menatap wajah kacak tapi masih memakai baju yang telah dipakai pada bulan lepas. Bulan lepas, kali terakhir mereka berdating. Adi tidak berniat untuk bermewah-mewahan. Tapi sekali sekala dia ke Kuala Lumpur bertemu Ara biarlah dia kelihatan menarik dan baru. Sekurang-kurangnya biarlah Ara tahu yang teman lelakinya itu seorang yang bergaya juga walaupun tidaklah sekaya mana. Lagipun, sebulan sehelai baju sudah boleh dikira okey fikir Adi. Sejak terjebak dalam long distance relationship ini Adi seboleh-bolehnya akan memastikan dia akan membeli baju baru pada setiap kali dia ingin keluar dating. Bukan apa, pada Adi biarlah dia kelihatan bergaya sedikit. Maklumlah, Ara orang Kuala Lumpur. Bimbang juga kalau-kalau ditempelak tidak pandai untuk kelihatan trendy.

Dalam hati Adi, dia mahu Ara tahu yang satu ketika dulu dirinya pernah digilai puluhan perempuan dalam satu tahun. Itu tidak termasuk tambahan lagi berbelas perempuan yang masuk dalam list untuk tahun berikutnya. Tahun lepas punya list still maintain. Boleh dikatakan selang dua tiga hari ada saja panggilan flirty di rumah Adi minta untuk berkenalan. Setiap kali itulah Adi akan duduk bersimpuh di tangga rumah kerana pada masa itu telefon rumah letaknya di situ. Bila ada panggilan-panggilan sebegitu Adi dengan perlahan-lahan akan melarikan telefon rumah ke tingkat atas. Jauh sikit dari tangga tempat dimana ibu dan ayah boleh nampak kalau-kalau Adi kelihatan agak gatal ketika berbual di telefon. Risau juga kalau dimarah ibu time bercakap dengan awek yang tak dikenali. Tentu perkara itu akan jadi buah mulut di sekolah awek tak dikenali itu. Jatuhlah saham Adi.

Adi waktu itu bodoh-bodoh alang, skill mengayat pun kurang. Takut pula dengan perempuan. Jadi panggilan-panggilan nakal itu biasanya tidaklah dilanjutkan ke tahap yang serius. Walaupun Adi tak pandai mengayat, lagipun kurang mahir juga nak melayan naluri perempuan-perempuan itu. Kalau tak kena dengan taste borak-borak Adi, diletaknya telefon itu dan dicabutnya wayar utama supaya telefon tak berdering lagi. Taktik kotor paling mudah yang boleh difikir oleh Adi. Namun perempuan-perempuan masih juga berminat dengan Adi. Masih juga ada panggilan-panggilan flirty masuk di malam-malam hari.

" Awak ni hensem, tapi tak pandai bercakap lah " rungut Kelly Kucing pada Adi pada suatu malam mereka berbual menggunakan telefon rumah

Teguran itu sudah 10 tahun berlalu tapi Adi masih mengingatinya. Bukan dia sengaja kelihatan bodoh-bodoh bangang konon tak pandai bercakap dengan perempuan. Tetapi memang dia tidak berminat dengan Kelly Kucing. 10 tahun lepas, waktu Adi masih memakai seluar hijau untuk ke sekolah. Tetapi teguran itu tiba-tiba mengingatkan Adi kembali ke zaman terbaiknya. Zaman dimana majoriti perempuan yang mengenalinya sangat berminat dengan Adi. Walaupun waktu itu taste Adi dalam berpakaian dan style-style ni bolehlah dikategorikan sebagai epic failed. Adi senyum sendirian.

Jam sudah pukul sebelas malam lebih. Cita-cita Adi untuk membeli baju baru untuk dipakainya esok nampaknya segelap warna hitam malam di luar rumah. Itulah padahnya bila main game tak ingat dunia. Habis semua kerja ditangguhnya. Esok dia bertekad untuk kelihatan kacak dan bergaya untuk Ara. Walaupun tidak berbaju baru tapi Adi yakin, dia masih boleh kelihatan kacak, segak lagi bergaya untuk gadis yang dicintainya. Bagaimana? Dengan memberikan Ara sepenuh perhatian dan kasih sayangnya pada gadis comel itu.

" Sesiapa pun boleh kelihatan menarik jika keperibadiannya memikat hati "

Adi membaca baris terakhir buku motivasi itu. Esok dia akan menyambut Ara dengan senyumannya yang paling charming sebagai permulaan hari dating mereka berdua ('',)