Sabtu, 2 Jun 2012

Satu Baju Satu Date

" Esok nak ke KL. Tapi takde baju baru pulak. Kacau-kacau! "

Hati Adi membentak sendirian. Dalam diri ada sedikit rasa kesal. Kerana wanita yang disayangi bakal menatap wajah kacak tapi masih memakai baju yang telah dipakai pada bulan lepas. Bulan lepas, kali terakhir mereka berdating. Adi tidak berniat untuk bermewah-mewahan. Tapi sekali sekala dia ke Kuala Lumpur bertemu Ara biarlah dia kelihatan menarik dan baru. Sekurang-kurangnya biarlah Ara tahu yang teman lelakinya itu seorang yang bergaya juga walaupun tidaklah sekaya mana. Lagipun, sebulan sehelai baju sudah boleh dikira okey fikir Adi. Sejak terjebak dalam long distance relationship ini Adi seboleh-bolehnya akan memastikan dia akan membeli baju baru pada setiap kali dia ingin keluar dating. Bukan apa, pada Adi biarlah dia kelihatan bergaya sedikit. Maklumlah, Ara orang Kuala Lumpur. Bimbang juga kalau-kalau ditempelak tidak pandai untuk kelihatan trendy.

Dalam hati Adi, dia mahu Ara tahu yang satu ketika dulu dirinya pernah digilai puluhan perempuan dalam satu tahun. Itu tidak termasuk tambahan lagi berbelas perempuan yang masuk dalam list untuk tahun berikutnya. Tahun lepas punya list still maintain. Boleh dikatakan selang dua tiga hari ada saja panggilan flirty di rumah Adi minta untuk berkenalan. Setiap kali itulah Adi akan duduk bersimpuh di tangga rumah kerana pada masa itu telefon rumah letaknya di situ. Bila ada panggilan-panggilan sebegitu Adi dengan perlahan-lahan akan melarikan telefon rumah ke tingkat atas. Jauh sikit dari tangga tempat dimana ibu dan ayah boleh nampak kalau-kalau Adi kelihatan agak gatal ketika berbual di telefon. Risau juga kalau dimarah ibu time bercakap dengan awek yang tak dikenali. Tentu perkara itu akan jadi buah mulut di sekolah awek tak dikenali itu. Jatuhlah saham Adi.

Adi waktu itu bodoh-bodoh alang, skill mengayat pun kurang. Takut pula dengan perempuan. Jadi panggilan-panggilan nakal itu biasanya tidaklah dilanjutkan ke tahap yang serius. Walaupun Adi tak pandai mengayat, lagipun kurang mahir juga nak melayan naluri perempuan-perempuan itu. Kalau tak kena dengan taste borak-borak Adi, diletaknya telefon itu dan dicabutnya wayar utama supaya telefon tak berdering lagi. Taktik kotor paling mudah yang boleh difikir oleh Adi. Namun perempuan-perempuan masih juga berminat dengan Adi. Masih juga ada panggilan-panggilan flirty masuk di malam-malam hari.

" Awak ni hensem, tapi tak pandai bercakap lah " rungut Kelly Kucing pada Adi pada suatu malam mereka berbual menggunakan telefon rumah

Teguran itu sudah 10 tahun berlalu tapi Adi masih mengingatinya. Bukan dia sengaja kelihatan bodoh-bodoh bangang konon tak pandai bercakap dengan perempuan. Tetapi memang dia tidak berminat dengan Kelly Kucing. 10 tahun lepas, waktu Adi masih memakai seluar hijau untuk ke sekolah. Tetapi teguran itu tiba-tiba mengingatkan Adi kembali ke zaman terbaiknya. Zaman dimana majoriti perempuan yang mengenalinya sangat berminat dengan Adi. Walaupun waktu itu taste Adi dalam berpakaian dan style-style ni bolehlah dikategorikan sebagai epic failed. Adi senyum sendirian.

Jam sudah pukul sebelas malam lebih. Cita-cita Adi untuk membeli baju baru untuk dipakainya esok nampaknya segelap warna hitam malam di luar rumah. Itulah padahnya bila main game tak ingat dunia. Habis semua kerja ditangguhnya. Esok dia bertekad untuk kelihatan kacak dan bergaya untuk Ara. Walaupun tidak berbaju baru tapi Adi yakin, dia masih boleh kelihatan kacak, segak lagi bergaya untuk gadis yang dicintainya. Bagaimana? Dengan memberikan Ara sepenuh perhatian dan kasih sayangnya pada gadis comel itu.

" Sesiapa pun boleh kelihatan menarik jika keperibadiannya memikat hati "

Adi membaca baris terakhir buku motivasi itu. Esok dia akan menyambut Ara dengan senyumannya yang paling charming sebagai permulaan hari dating mereka berdua ('',)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan