“Aduhai, cerita melayu pulak!”
Rungut Adi dalam hati. Adi bukan sengaja mengomel tentang filem melayu. Ada juga filem-filem melayu yang dianugerahkan oleh Adi sebagai filem yang bagus-bagus. Filem seram contohnya Jangan Pandang Belakang dan Khurafat. Lain-lain filem seperti Baik Punya Cilok, Papadom, Setem dan Songlap pun filem yang bagus juga bagi Adi. Setidak-tidaknya bukan arahan Prof Razak Mohaideen. Bukan selera Adi untuk menghadam genre filem sebegitu. Adi berfikir-fikir sejenak, bila kali terakhir mereka menonton wayang yang filemnya dipilih oleh Ara. Adalah kira-kira empat atau lima bulan yang lalu. Ara gadis yang manja. Sudahlah manja, comel pula. Setidak-tidaknya comel bagi pandangan Adi. Jadi gadis yang comel biasanya akan menonton filem yang comel-comel juga. Adi ada terfikir, adakah gadis semanja Nora Danish sangat teruja untuk menonton filem Final Destination dan dengan rileknya menonton adegan-adegan ngeri aksi mati-mati filem itu tanpa menutup mata. Habis kuat pun Nora Danish boleh laa cakap “Damn!” sebagai reaksi serun melihat para pelakon mati satu demi satu dalam keadaan tak dijangka. Ataupun adakah gadis secomel Sari Yanti boleh terhibur menonton dvd Jackass. Kali ni paling jauh pun Adi terfikir Neelofa boleh tak cakap “ Shit!! Gila babi betol geng-geng ni!! Sialll laahh!!” sambil ketawa-ketawa tepuk meja dek pelbagai aksi khianat lagi cilaka oleh Steve O dan rakan-rakan. Jadi, tentunya si manja Nora Danish hanya akan sangat teruja untuk menonton filem kartun romantis seperti Snow White and The Seven Dwarves. Dan si comel Sari Yanti pula mungkin lebih terhibur menonton filem Titanic, filem dimana ramai wanita-wanita minta dikurniakan lelaki seperti Jack Dawson. Itu semua Adi pernah terfikir. Dulu, itu dulu. Sekarang, dia terfikir macam mana agaknya cerita muzikal komedi yang Ara cakapkan padanya itu. Setahun yang lepas pernah juga Adi mengajak Ara menonton filem Magika, filem melayu berkonsep muzikal. Melayu melayu juga, muzikal muzikal juga. Tapi dapat award Filem Terbaik Anugerah Skrin 2011, lagi menang empat anugerah daripada dua belas kategori pada acara kali itu. Bukan calang-calang taste filem Adi. Tapi kali ini lain. Adi sudah kecut perut. Matanya membulat lalu nyaris terkeluar. Hampir sama macam scene mata terbeliak dan tersembul dalam filem The Mask lakonan Jim Carrey dulu. Cuma muka Adi tidaklah sampai berubah menjadi serigala seperti dalam filem itu.
“Bila kamu kerjakan sesuatu, pastikan kamu berilmu”
Adi masih ingat baris-baris ayat yang pernah dibacanya di dalam sebuah buku. Tajuk apa buku itu sudahpun dilupakannya. Sebagai contoh, Adi pernah diajak untuk menonton filem Chipmunk oleh Ara. Filem yang Adi rasa tidak begitu sesuai untuk ditonton jika hendak diikutkan seleranya yang lebih gemarkan channel 701, 702 dan 555 di Astro. Tetapi sayang punya pasal, Adi ikutkan. Sampai sekarang Adi tak boleh faham kenapa Ara boleh menangis time chipmunk paling bongsu bernama Theodore kesedihan disebabkan stranded di pulau terpencil. Kalau hendak dibandingkan dengan babak Beast yang nazak di pangkuan Belle lalu kelopak terakhir bunga ros yang disumpah itu gugur seiring dengan berakhirnya nyawa Beast. Itu lagi sedih fikir Adi. Adi menjadi sedikit emosional kerana semasa menonton filem Beauty and The Beast itu, dia yang menangis nipis dan bukannya Ara. Lagilah dia bertambah tak faham dengan Ara. Tak faham tak faham juga, Adi rasa baik dia ikutkan saja. Bimbang juga kalau dia tidak menemani Ara menonton filem itu, gadis itu akan mencari teman lain untuk pergi menonton. Ini pernah berlaku, dan Adi tidak mahu ianya berlaku lagi kerana teman yang bermurah hati untuk menemani Ara itu seorang lelaki yang kebetulan memang meminati Ara,. Itu satu perkara yang tidak bagus. Sampai sekarang Adi masih dihantui filem anjing bercakap itu. Filem Chihuahua yang ditonton Ara bersama lelaki yang pernah try-try untuk masuk line mengorat Ara. Bukan melekehkan filem-filem Ara, tetapi Adi rasa sehingga kini filem-filem yang Adi syorkan semuanya box office dan ada sentimental value. Xmen Origin, Gi Joe, Tron dan kalau nak yang comel-comel sikit Bedtime Stories. Filem paling bangang dan teruk sekalipun yang Adi pernah teruja nak tengok dengan Ara adalah filem Senario. Tak tahulah Senario berapa tapi yang cerita last-last dorang diambil bekerja di zoo tu. Itulah sekali dan kali terakhir Adi rasa terhina dengan taste filem dia pilih di wayang bersama Ara. Adi menyalahkan pihak media cetak dan elektronik yang menipunya di ruangan sinopsis filem dengan mengatakan filem itu bagus. Padahal Adi rasakan filem terbitan RTM tv pendidikan cerita Sang Kancil Dan Buaya sepuluh kali lebih memuaskan hatinya.
“Kenapalah Yusof Haslam yang kaya raya tu taknak invest untuk buat filem canggih-canggih. Ohh, ok. Anak dia dah buat eh. Ok”
Malam semakin sejuk. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua pagi. Kadang-kadang Adi bersetuju juga, tidak perlu tunggu sampai bangun tidur pagi esok untuk mengisytiharkan hari itu pagi. Saat mata semakin berat dan bantal peluk sudah dikepit pun sudah boleh untuk memujuk hati supaya bersetuju yang hari sudah pagi dan perlu masuk tidur. Carian Adi tentang filem yang bakal ditontonnya esok gagal. Mungkin hujan lebat di luar sana melemahkan isyarat broadband Adi. Adi nekad untuk go with the flow sahaja esok. Biarlah Ara menonton cerita yang disukainya. Kalau itu yang membuatkan gadis comelnya itu gembira, biarlah. Biarlah si comel Ara dengan cerita ala-ala comelnya. Adi Cuma mahu menjadi peneman Ara yang setia sahaja, tak kiralah dalam situasi yang bagaimanapun atau cerita seperti Chipmunk sekalipun. Dan biarkan juga Nora Danish dan Sari Yanti dengan filem-filem romantis mereka. Adi ada Ara sebagai heroinnya (",)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan